1.
|
Pembangunan, O&M bagi jaringan hidrologi
Untuk membangunkan, mengeluarkan dan menguji peralatan atau sistem hidrologi untuk disesuaikan dengan keadaan tempatan. O&M menyediakan perkhidmatan sokongan dalam bidang peralatan hidrologi. Mereka juga menggunakan peralatan dalam skim pengairan dan saliran utama dan menyediakan latihan tetap tentang penyelenggaraan peralatan hidrologi dan kelengkapan telemetrik.
|
2.
|
Mengumpul, memproses, mengarkibkan dan menyebarkan data serta maklumat hidrologi
Menyelaras aktiviti hidrologi yang dijalankan di negeri-negeri yang bertanggungjawab terhadap operasi dan penyelenggaraan stesen dan pengumpulan data lapangan. Mereka mengumpul, memproses, menyimpan dan mendapatkan balik data hidrologi untuk perancangan, pembangunan dan pengurusan sumber air dan menerbitkan data hidrologi secara berkala untuk pengguna serta menyertai aktiviti serantau dan sejagat WMO yang berkaitan dengan hidrologi operasi.
|
3.
|
Analisis data hidrologi
Bekerjasama dengan Program Hidrologi Antarabangsa UNESCO (IHP - International Hydrological Programme) untuk kemajuan penyelidikan dan teknologi hidrologi dan sumber air untuk manfaat negara dan menjalankan penyelidikan hidrologi untuk memahami proses dan ciri-ciri hidrologi yang khusus seta menjalankan penilaian sumber air yang asas dan berterusan.
|
4.
|
Ramalan dan amaran banjir
Mereka membuat penilaian sumber air dan pemantauan kemarau. Untuk membangunkan sistem ramalan dan amaran banjir untuk lembangan sungai utama, mereka harus memantau dan menilai kemarau di lembangan sungai utama serta memberi khidmat nasihat tentang penggunaan hidrologi. Mereka juga perlu mengkaji semula, membangunkan, mengemas kini dan menyebarkan tatacara hidrologi kepada pengguna akhir. Menyertai aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan bencana banjir di bawah naungan Bangsa-Bangsa Bersatu seperti ESCAP, WMO, Jawatankuasa Taufan dan IDNDR.
Terima Kasih Kerana sudi membaca entri yang kami terangkan . Terima kasih juga kerana selalu memberi sokongan kepada kami. |
Rujukan :
http://jps.penang.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=95&Itemid=244&lang=en
No comments:
Post a Comment