- Air Mutlak
Air yang suci lagi
menyucikan ialah air mutlak yang kekal dengan sifat asal kejadiannya yang telah
dijadikan oleh Allah SWT . Air tersebut masih dikatakan air mutlak walaupun ia
sudah berubah disebabkan lama terbiar, disebabkan tanah, lumut dan tempat bertakung
atau tempat mengalirnya mengandungi belerang . Hal ini kerana air itu sukar
untuk dielakkan daripada perkara tersebut .
Dalil yang menunjukkan
kesucian air mutlak, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
- Air Musta'amal
Air yang suci pada
dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain yang mana maksudnya dengan perkataan
air itu boleh diminum tetapi tidak sah dipakai untuk menyucikan sesuatu .
1.
Yang dikatakan air
Musta'amal pada mengangkatkan hadas ialah basuh kali yang pertama pada mandi
atau wudhu' yang wajib dan sudah bercerai daripada anggota
2.
Yang dikatakan air
Musta'amal pada menghilangkan najis iaitu jika air itu tidak berubah dan tidak
bertambah.
3.
Air daripada pokok-pokok
dan air buah-buahan seperti daripada pucuk kelapa Yang dibuat nira atau
akar-akar kayu
Air
yang berubah ada dua cara :
1)Berubah dengan Taqdiri
- Air yang berubah dengan Taqdiri iaitu air yang berubah hanya pada Taqdir
sahaja yang tidak dapat dilihat akan perubahannya.
2)
Berubah dengan Hissi - Air yang berubah pada Hissi iaitu berubah air itu dengan
sesuatu yang dapat dilihat akan perubahannya.
- Cara mentaqdirkan
hukum air yang bercampur dengan sesuatu yang sama rupanya dengan seperti air
mawar yang telah hilang bau, rasa dan warnanya.
- pada bau hendaklah ditaqdirkan dengan bau kemenyan Arab.
- pada rasa hendaklah ditaqdirkan dengan rasa delima.
- pada warna hendaklah
ditaqdirkan dengan warna anggur.
Jika berubah dengan
taqdir ini maka hukumnya air musta'amal dan jika tidak berubah dengan taqdir
ini maka hukumnya air mutlak.
- Air yang bercampur itu
ada dua cara:-
1) Majawir
- Bercampur dengan cara
Mujawir iaitu air yang berubah dengan sebab termasuk di dalamnya dengan sesuatu
yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan
air termasuk di dalamnya sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan
daripada air tersebut, maka hukum air itu ialah air mutlak. -
2) Mukhalit
- Bercampur dengan cara
Mukhalit iaitu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan
daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air maka termasuk ke
dalamnya nila maka dihukumnya air Musta'amal.
- Air
Musyammas:
Iaitu air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya.
Air yang suci lagi
menyucikan yang lain tetapi makruh digunakan pada tubuh badan tidak pada
pakaian.
Air Musyammas bermaksud
air yang panas yang terdedah kepada cahaya matahari iaitu pada negeri-negeri
yang beriklim panas yang mana ia boleh mendatangkan karat seperti besi, tin dan
lain-lain yang mana ia memberi mudharat apabila terkena kulit atau tubuih badan
menyebabkan ianya sopak, kusta dan sebagainya. Sebagaimana Sabda Rasullah
s.a.w. yang bermaksud: "Dari Aisyah sesungguhnya ia telah memanaskan air
pada cahaya matahari maka telah bersabda Rasullah s.a.w kepadanya janganlah
engkau berbuat demikian wahai Aisyah sesungguhnya air yang dijemur itu dapat
menimbulkan penyakit sopak." (Riwayat Baihaqi)
- Air
Mutanajjis:
Air Mutanajis ialah air yang Bercampur dengan cara Mujawir iaitu air yang berubah dengan sebab termasuk di dalamnya dengan sesuatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air termasuk di dalamnya sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu ialah air mutlak.
Terkena najis, sedangkan
ia kurang dari dua kolah, atau air yang lebih daripada dua kolah tetapi terkena
najis sehingga berubah warna, rasa atau baunya. Air ini tidak boleh digunakan
untuk bersuci kerana ia tidak suci dan tidak mensucikan.
Ukuran air dua kolah itu ialah sebagai berikut :-
Kalau dikira dengan tin minyak tanah, maka air dua kolah itu
adalah sebanyak 9 2/3 tin
Kalau dikira dengan timbangan, maka berat air dua kolah itu adalah
seberat 162.72 kg.
Kalau dikira dengan
ukuran tempat empat persegi, maka air dua kolah itu memerlukan tempat yang
berukuran 60 x 60 cm.
Rujukan:
http://www.ustazahazimah.amirhakimi.com/2009/10/21/jenis2-air-dan-pembahgiannya/
- Air Mutaghayyir -
Rujukan:
http://www.ustazahazimah.amirhakimi.com/2009/10/21/jenis2-air-dan-pembahgiannya/
No comments:
Post a Comment