Saturday, 3 February 2018

Pengurusan Air

Kami akan menerangkan tentang pengurusan air.
Pengurusan air ialah kegiatan perancangan , pemajuan, pengedaran dan penggunaan optimum sumber air dibawah polisi dan peraturan air.
Ini termasuk pengurusan perawatan air minum, industri , kumbahan atau buangan, pengurusan sumber air, pengurusan perlindungan banjir , pengurusan pengairan dan pengurusan aras air tanah.
Sumber air terdiri daripada air sungai , air laut, air hujan , air mata air , air embun dan lain-lain lagi .
Air adalah sumber penting dalam kehidupan.

Ayat ini menunjukkan betapa air memainkan peranan yang penting dalam kejadian pelbagai makhluk Allah SWT dan untuk itu makhluk tersebut juga berhajat terhadap air.

Oleh itu, boleh dilihat bahawa 60 peratus daripada tubuh manusia adalah air dan sebahagian besar daripada jumlah air itu terdapat didalam sel manusia .
Selain itu, hampir 71 peratus muka bumi dipenuhi air.
Bukan sahaja di laut, air juga wujud di dalam udara (wap air) , sungai , tasik, tukuk ais, glasier, tanah dan akuifer.

No comments:

Post a Comment