Sunday, 4 February 2018

Video Proses Rawatan Air



Video ini menunjukkan cara-cara pemprosesan dilakukan . 
Dari itu kita akan dapat mengetahui bagaimana air itu diproses menjadi sumber air kita .



Rujukan :
https://www.youtube.com/watch?v=9z14l51ISwg


Kajian Saintifik Tentang Molekul Air

Dalam Post kami kali ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang Kajian saintifik tentang molekul air yang dikaji oleh Dr Masaru Emoto.
Maha suci Allah yang telah mencipta mahkluk yang bernama air ini! Sesungguhnya ia adalah makhluk yang paling setia dan amat sekali peka dan menjalankan perintah Tuhannya! Di dalam Al-Quran ada menyatakan peratusan Hydrogen (air) ini adalah 72% dan bakinya tanah adalah hanya 28% sahaja.



Tubuh badan manusia adalah kunci kepada rahsia air ini. Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang dinamakan AURA adalah kerana rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan perut ibu di dalam kandungan air semata-mata? Air diperakui oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik sekali kerana ketepatannya apabila disukat pada dasarnya. Air sebenarnya boleh merakam setiap gema getaran yang dihadirkan baik dari bunyi termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata). Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata. Islam mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat, begitu juga dengan mandian dari hadas kecil ataupun besar yang harus di letakkan dengan niat. Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang merakam niat kita? Molekul air mempunyai struktur yang mudah. Namun begitu, struktur ini dapat menghasilkan tindak balas yang kompleks.



Air terdiri daripada satu atom oksigen dan dua atom hidrogen. Kajian saintifik di Jepun :
Penggunaan air sebagai bahan rawatan islam tidak boleh dipertikaikan lagi apabila terdapat suruhan dalam Al Quran dan As Sunnah . pada akhir zaman kini, kajian saintifik turut mengakui hujah daripada Al Quran dan As Sunnah melalui penemuan ajaib kajian Prof Dr Masaru Emoto dari Jepun terhadap molekul air . Beliau menerima gelaran Doctor Of Alternative Medicine Dari Open International University .
Hasil kajian Dr Masaru Emoto ini membawa manusia kepada akhlak islam yang sebenar walaupun beliau masih belum menerima hidayah islam tetapi mesej kajian yang ditemui oleh beliau mampu membuka minda manusia bahawa kebesaran keajaiban ciptaan ALLAH swt kepada air yang mempunyai hakikat nya dan kekuatan yang terdapat di dalam nya.
Kajian beliau menyatakan bahawa AIR ITU HIDUP !
Air mampu bertindak balas terhadap perilaku terhadapnya contohnya melalui kata kata , bacaan , tulisan , gambar , suara kuat , suara perlahan . akhirnya hasil daripada perilaku tersebut akan membentuk Kristal molekul air berbentuk heksagonal ( 6 segi ) sempurna kecantikannya atau sebaliknya . Bentuk molekul air seperti kecantikan kristal inilah yang mampu berperanan bagi merawat penyakit dalam tubuh badan seseorang .l
Maka jika sebaliknya, melalui kata kata kesat , bacaan , tulisan , gambar , ucapan yang teruk seperti “ Kamu Bodoh, Mati , Bunuh dansebagainya diperdengarkan kepada air termasuk lagu lagu yang melalaikan seperti ROCK dan sebagainya akhirnya hasil daripada perilaku dan persekitaran tersebut akan membentuk Kristal molekul air berbentuk yang sangat buruk dan menjijikan .
Kajian Ini amat memeranjat dunia kini apabila ia mengingatkan kembali apa yang telah lama diajarkan oleh Rasulullah ﷺ selama ini melalui cara adab menjalani kehidupan seperti adab sebelum makan dan minum , cara ruqyah  , membaca Ayat Al Quran kepada air dan kepada pesakit, cara percakapan yang baik dan larangan terhadap kata kata yang kotor dan sebagainya
Jadi, kesimpulannya , air boleh bertindakbalas dengan perilaku diri kita. 
Rujukan:
http://nur-alhafiz.com.my/blog/kajian-saintifik-tentang-molekul-terhadap-air-dan-bacaan-al-quran