Wednesday, 7 February 2018

Kesimpulan


Kesimpulannya , air merupakan sumber utama dalam kehidupan seharian , bukan sahaja manusia malah haiwan dan tumbuhan juga memerlukan air.
Daripada itu, kita boleh melihat bahawa air yang telah dicemari boleh dirawat semula menggunakan alat-alat untuk melakukan pemprosesan air. 
Kami juga telah juga menceritakan tentang jenis jenis air yang boleh digunakan untuk menyucikan badan dan najis . 
Seterusnya, kami menceritakan tentang pengurusan sumber air. 
Selain itu , kami juga telah menunjukkan proses kitaran air secara hidrologi.
Kami telah menunjukkan dalil dalil yang berkaitan post kami. 
Yang paling penting , kami telahpun menghuraikan tentang pengurusan air.
Terima kasih.

Tuesday, 6 February 2018

Isu-isu tentang pengurusan air

air sungai hitam dan busuk.


Isu air yang bakal selesai.



Petikan surat khabar diatas menunjukkan beberapa isu air yang berlaku di Malaysia. Perkara ini amat dikhuatiri oleh penduduk di Malaysia.

Sunday, 4 February 2018

Video Proses Rawatan Air



Video ini menunjukkan cara-cara pemprosesan dilakukan . 
Dari itu kita akan dapat mengetahui bagaimana air itu diproses menjadi sumber air kita .



Rujukan :
https://www.youtube.com/watch?v=9z14l51ISwg


Kajian Saintifik Tentang Molekul Air

Dalam Post kami kali ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang Kajian saintifik tentang molekul air yang dikaji oleh Dr Masaru Emoto.
Maha suci Allah yang telah mencipta mahkluk yang bernama air ini! Sesungguhnya ia adalah makhluk yang paling setia dan amat sekali peka dan menjalankan perintah Tuhannya! Di dalam Al-Quran ada menyatakan peratusan Hydrogen (air) ini adalah 72% dan bakinya tanah adalah hanya 28% sahaja.



Tubuh badan manusia adalah kunci kepada rahsia air ini. Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang dinamakan AURA adalah kerana rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan perut ibu di dalam kandungan air semata-mata? Air diperakui oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik sekali kerana ketepatannya apabila disukat pada dasarnya. Air sebenarnya boleh merakam setiap gema getaran yang dihadirkan baik dari bunyi termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata). Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata. Islam mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat, begitu juga dengan mandian dari hadas kecil ataupun besar yang harus di letakkan dengan niat. Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang merakam niat kita? Molekul air mempunyai struktur yang mudah. Namun begitu, struktur ini dapat menghasilkan tindak balas yang kompleks.



Air terdiri daripada satu atom oksigen dan dua atom hidrogen. Kajian saintifik di Jepun :
Penggunaan air sebagai bahan rawatan islam tidak boleh dipertikaikan lagi apabila terdapat suruhan dalam Al Quran dan As Sunnah . pada akhir zaman kini, kajian saintifik turut mengakui hujah daripada Al Quran dan As Sunnah melalui penemuan ajaib kajian Prof Dr Masaru Emoto dari Jepun terhadap molekul air . Beliau menerima gelaran Doctor Of Alternative Medicine Dari Open International University .
Hasil kajian Dr Masaru Emoto ini membawa manusia kepada akhlak islam yang sebenar walaupun beliau masih belum menerima hidayah islam tetapi mesej kajian yang ditemui oleh beliau mampu membuka minda manusia bahawa kebesaran keajaiban ciptaan ALLAH swt kepada air yang mempunyai hakikat nya dan kekuatan yang terdapat di dalam nya.
Kajian beliau menyatakan bahawa AIR ITU HIDUP !
Air mampu bertindak balas terhadap perilaku terhadapnya contohnya melalui kata kata , bacaan , tulisan , gambar , suara kuat , suara perlahan . akhirnya hasil daripada perilaku tersebut akan membentuk Kristal molekul air berbentuk heksagonal ( 6 segi ) sempurna kecantikannya atau sebaliknya . Bentuk molekul air seperti kecantikan kristal inilah yang mampu berperanan bagi merawat penyakit dalam tubuh badan seseorang .l
Maka jika sebaliknya, melalui kata kata kesat , bacaan , tulisan , gambar , ucapan yang teruk seperti “ Kamu Bodoh, Mati , Bunuh dansebagainya diperdengarkan kepada air termasuk lagu lagu yang melalaikan seperti ROCK dan sebagainya akhirnya hasil daripada perilaku dan persekitaran tersebut akan membentuk Kristal molekul air berbentuk yang sangat buruk dan menjijikan .
Kajian Ini amat memeranjat dunia kini apabila ia mengingatkan kembali apa yang telah lama diajarkan oleh Rasulullah ﷺ selama ini melalui cara adab menjalani kehidupan seperti adab sebelum makan dan minum , cara ruqyah  , membaca Ayat Al Quran kepada air dan kepada pesakit, cara percakapan yang baik dan larangan terhadap kata kata yang kotor dan sebagainya
Jadi, kesimpulannya , air boleh bertindakbalas dengan perilaku diri kita. 
Rujukan:
http://nur-alhafiz.com.my/blog/kajian-saintifik-tentang-molekul-terhadap-air-dan-bacaan-al-quran

Saturday, 3 February 2018

Pengurusan Sumber Air

Kami akan menceritakan pula tentang pengurusan sumber air . antara ialah 


  1.
Pembangunan, O&M bagi jaringan hidrologi
Untuk membangunkan, mengeluarkan dan menguji peralatan atau sistem hidrologi untuk disesuaikan dengan keadaan tempatan. O&M menyediakan perkhidmatan sokongan dalam bidang peralatan hidrologi. Mereka juga menggunakan peralatan dalam skim pengairan dan saliran utama dan menyediakan latihan tetap tentang penyelenggaraan  peralatan hidrologi dan kelengkapan telemetrik.
  2.
Mengumpul, memproses, mengarkibkan dan menyebarkan data serta maklumat hidrologi
Menyelaras aktiviti hidrologi yang dijalankan di negeri-negeri yang bertanggungjawab terhadap operasi dan penyelenggaraan stesen dan pengumpulan data lapangan. Mereka mengumpul, memproses, menyimpan dan mendapatkan balik data hidrologi untuk perancangan, pembangunan dan pengurusan sumber air dan menerbitkan data hidrologi secara berkala untuk pengguna serta menyertai aktiviti serantau dan sejagat WMO yang berkaitan dengan hidrologi operasi.
 3.
Analisis data hidrologi
Bekerjasama dengan Program Hidrologi Antarabangsa UNESCO (IHP - International Hydrological Programme) untuk kemajuan penyelidikan dan teknologi hidrologi dan sumber air untuk manfaat negara dan menjalankan penyelidikan hidrologi untuk memahami proses dan ciri-ciri hidrologi yang khusus seta menjalankan penilaian sumber air yang asas dan berterusan.
 4.
Ramalan dan amaran banjir
Mereka membuat penilaian sumber air dan pemantauan kemarau. Untuk membangunkan sistem ramalan dan amaran banjir untuk lembangan sungai utama, mereka harus memantau dan menilai kemarau di lembangan sungai utama serta memberi khidmat nasihat tentang penggunaan hidrologi. Mereka juga perlu mengkaji semula, membangunkan, mengemas kini dan menyebarkan tatacara hidrologi kepada pengguna akhir. Menyertai aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan bencana banjir di bawah naungan Bangsa-Bangsa Bersatu seperti ESCAP, WMO, Jawatankuasa Taufan dan IDNDR.

Terima Kasih Kerana sudi membaca entri yang kami terangkan .
Terima kasih juga kerana selalu memberi sokongan kepada kami.



Rujukan : 

http://jps.penang.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=95&Itemid=244&lang=en

Jenis Air

Air terbahagi kepada 5 bahagian iaitu

  • Air Mutlak
Air yang suci lagi menyucikan ialah air mutlak yang kekal dengan sifat asal kejadiannya yang telah dijadikan oleh Allah SWT . Air tersebut masih dikatakan air mutlak walaupun ia sudah berubah disebabkan lama terbiar, disebabkan tanah, lumut dan tempat bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang . Hal ini kerana air itu sukar untuk dielakkan daripada perkara tersebut .

Dalil yang menunjukkan kesucian air mutlak, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :



  • Air Musta'amal     
Air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain yang mana maksudnya dengan perkataan air itu boleh diminum tetapi tidak sah dipakai untuk menyucikan sesuatu .
1.     Yang dikatakan air Musta'amal pada mengangkatkan hadas ialah basuh kali yang pertama pada mandi atau wudhu' yang wajib dan sudah bercerai daripada anggota
2.      Yang dikatakan air Musta'amal pada menghilangkan najis iaitu jika air itu tidak berubah dan tidak bertambah.
3.     Air daripada pokok-pokok dan air buah-buahan seperti daripada pucuk kelapa Yang dibuat nira atau akar-akar kayu
Air yang berubah ada dua cara :
1)Berubah dengan Taqdiri - Air yang berubah dengan Taqdiri iaitu air yang berubah hanya pada Taqdir sahaja yang tidak dapat dilihat akan perubahannya.
2) Berubah dengan Hissi - Air yang berubah pada Hissi iaitu berubah air itu dengan sesuatu yang dapat dilihat akan perubahannya.

- Cara mentaqdirkan hukum air yang bercampur dengan sesuatu yang sama rupanya dengan seperti air mawar yang telah hilang bau, rasa dan warnanya.
- pada bau hendaklah ditaqdirkan dengan bau kemenyan Arab.
- pada rasa hendaklah ditaqdirkan dengan rasa delima.
- pada warna hendaklah ditaqdirkan dengan warna anggur.
Jika berubah dengan taqdir ini maka hukumnya air musta'amal dan jika tidak berubah dengan taqdir ini maka hukumnya air mutlak.
- Air yang bercampur itu ada dua cara:-
1) Majawir
- Bercampur dengan cara Mujawir iaitu air yang berubah dengan sebab termasuk di dalamnya dengan sesuatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air termasuk di dalamnya sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu ialah air mutlak. -
2) Mukhalit
- Bercampur dengan cara Mukhalit iaitu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air maka termasuk ke dalamnya nila maka dihukumnya air Musta'amal.





  •  Air Musyammas:

Iaitu air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya.
Air yang suci lagi menyucikan yang lain tetapi makruh digunakan pada tubuh badan tidak pada pakaian.
Air Musyammas bermaksud air yang panas yang terdedah kepada cahaya matahari iaitu pada negeri-negeri yang beriklim panas yang mana ia boleh mendatangkan karat seperti besi, tin dan lain-lain yang mana ia memberi mudharat apabila terkena kulit atau tubuih badan menyebabkan ianya sopak, kusta dan sebagainya. Sebagaimana Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud: "Dari Aisyah sesungguhnya ia telah memanaskan air pada cahaya matahari maka telah bersabda Rasullah s.a.w kepadanya janganlah engkau berbuat demikian wahai Aisyah sesungguhnya air yang dijemur itu dapat menimbulkan penyakit sopak." (Riwayat Baihaqi)




  • Air Mutanajjis:

Air Mutanajis ialah air yang Bercampur dengan cara Mujawir iaitu air yang berubah dengan sebab termasuk di dalamnya dengan sesuatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air termasuk di dalamnya sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu ialah air mutlak.
Terkena najis, sedangkan ia kurang dari dua kolah, atau air yang lebih daripada dua kolah tetapi terkena najis sehingga berubah warna, rasa atau baunya. Air ini tidak boleh digunakan untuk bersuci kerana ia tidak suci dan tidak mensucikan.
Ukuran air dua kolah itu ialah sebagai berikut :-
Kalau dikira dengan tin minyak tanah, maka air dua kolah itu adalah sebanyak 9 2/3 tin
Kalau dikira dengan timbangan, maka berat air dua kolah itu adalah seberat 162.72 kg.
Kalau dikira dengan ukuran tempat empat persegi, maka air dua kolah itu memerlukan tempat yang berukuran 60 x 60 cm.
  • Air Mutaghayyir -
air yang berubah kerana sesuatu . Contohnya , air mutlak yang telah dimasak selepas itu dibubuh serbuk kopi atau teh atau sebagainya. Air ini suci untuk diminum tetapi tidak boleh menyucikan, sama ada untuk berwuduk, mandi dan basuh pakaian/najis.

Rujukan:

http://www.ustazahazimah.amirhakimi.com/2009/10/21/jenis2-air-dan-pembahgiannya/

Pengurusan Air

Kami akan menerangkan tentang pengurusan air.
Pengurusan air ialah kegiatan perancangan , pemajuan, pengedaran dan penggunaan optimum sumber air dibawah polisi dan peraturan air.
Ini termasuk pengurusan perawatan air minum, industri , kumbahan atau buangan, pengurusan sumber air, pengurusan perlindungan banjir , pengurusan pengairan dan pengurusan aras air tanah.
Sumber air terdiri daripada air sungai , air laut, air hujan , air mata air , air embun dan lain-lain lagi .
Air adalah sumber penting dalam kehidupan.

Ayat ini menunjukkan betapa air memainkan peranan yang penting dalam kejadian pelbagai makhluk Allah SWT dan untuk itu makhluk tersebut juga berhajat terhadap air.

Oleh itu, boleh dilihat bahawa 60 peratus daripada tubuh manusia adalah air dan sebahagian besar daripada jumlah air itu terdapat didalam sel manusia .
Selain itu, hampir 71 peratus muka bumi dipenuhi air.
Bukan sahaja di laut, air juga wujud di dalam udara (wap air) , sungai , tasik, tukuk ais, glasier, tanah dan akuifer.

Pengenalan

Assalamualaikum ,
Kami dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB).


  • NURUL AFIQAH BINTI ROSLAN ( 16DPR17F1021)
  • NURUL HAZIQAH BINTI MUHAMMAD HANIZI (16DPR17F1013)
  • NURUL NABILA BINTI ISHAK (16DPR17F1015)

Nama Kumpulan kami ialah "triple N" .
Blog yang kami hasilkan akan menceritakan tentang pengurusan air.
Kami akan menerangkan tentang sumber air , jenis-jenis air dan lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan air.
Nantikan ilmu yang ingin kami kongsikan kepada anda .
Terima Kasih.